Jumaat, 23 September 2011

Sep kito jange pecoh!!!



Konsep Kerajaan Islam.. Gagal.
ini yang anda mahukan??
Tepuk dada, jawab sendiri.

Peningkatan Aids/Hiv Di Kelantan. Mengapa??

Selama ni kita dimomokkan dgn slogan kepimpinan ulamak. Kononnya ulamak PAS ni handal sgt memerintah. Skang ni apa citer plak. Kelantan dah 20 tahun ulamak pimpin, tak membangun sgt pun.. jenayah, rogol dan aids jer yg nampaknya membangun. Kalau terengganu dulu lagi handal, tak semput nk membangun dah kena bangun dari kerusi MB. Mmg la kita hormati ulamak, akan tetapi ulamak2 PAS ni mcm handal sgt jer nk pimpin negeri, pimpin negara.. mungkin la ada ulamak yg bijak memerintah. tapi satu dalam 10,000 kot. Yang pastinya satu tu bukan Nik Aziz atau Hadi Awang. Azizan kita kasi can dulu tgk satu penggal dia bleh buat tak..
Antara isu2 yang boleh dibuktikan isu kegagalan Pas di Kelantan ialah pertama’ Kelantan sebagai negeri paling ramai yang dijangkiti HIV dan AIDS pada tahun lepas.
Baru-baru ini, Amanah Majlis AIDS Malaysia dilaporkan menyebut jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain. Laporan tersebut turut menyebut, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).


PERSOALAN-PERSOALAN YANG TIMBUL???
1)      Adakah  unsur lain selain dari masalah agama yang menyebabkan anak muda terlibat dengan dadah hingga menyebabkan  AIDS dan HIV meningkat di Kelantan??
2)       Apakah masalah yang wujud di Kelantan adalah disebabkan pihak lain atau disebabkan kelemahan kerajaan pemimpin Pas??
3)      Apakah pusat pengajian yang berasaskan agama Islam umpamanya "SEKOLAH MENENGAH AGAMA" atau “ SEKOLAH PONDOK” sehingga menjadi terkenal dengan serambi Mekah tidak mengajar anak muridnya yang ganas-ganas tersebut tentang ajaran Islam yang sebenar?.

Rumusannya, PAS sepatutnya tidak melebelkan UMNO sebagai sebuah parti kafir dengan tuduhan tidak mahu melaksanakan hukum  Islam. Mereka sendiri iaitu parti PAS yang medakwa lebih Islam pun tidak mampu untuk mecegah peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS disebalik slogan penyedap mulutnya, PAS telah gagal  membuktikan bahawa jika menyokong PAS semuanya selamat.

Isu Kegagalan PAS di Kelantan - Sempitnye Bazar Tok Guru


Isu terkini yang sedang hangat diperkatakan di Kelantan ialah mengenai Bazar Tok Guru.  Isu tersebut timbul apabila 415 peniaga dari dua pasar, iaitu Pasar Lambok Arked Uda dan Pasar Besar MPKB tidak berpuas hati serta mendakwa kerajaan Pas Kelantan tidak berpegang kepada janji apabila memberikan lot perniagaan yang lebih kecil kepada mereka di bazar berkenaan.  Tak tepati janji? 


Kawasan yang dijanjikan
Kawasan sebenar
Keluasan tapak (meter persegi)
3.04 x3.65
1082x204
Harga (RM)
40K
90K



Oh ini rupanya konsep kerajaan Islam yang ingin “Tok Guru” terapkan.  Tepuk dada tanya selera.


Peniaga terpaksa bersolat hajat gara-gara kawasan bazar Tok Guru yang tidak seperti dijanjikan. Mereka dizalimi. Mereka ditipu. Inikah yang "Tok Guru" banggakan?

Isu Kegagalan PAS di Kelantan - Air bersih


Kerajaan kelantan telah lama dijajah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu lebih 20 tahun. Terdengar keluh kesah di sana sini daripada rakyat negeri ini.  Pemerintahan PAS tidak langsung mempertahankan hak-hak mereka seperti mana yang telah dijanjikan di dalam bicara manis manifesto-manifesto ketika pilihanraya.   Pelbagai isu-isu yang telah dibangkitkan seperti isu air bersih, pembangunan Bazar |Tok Guru serta kadar Aids yang tinggi di negeri Kelantan. 

Maka di mana hebatnya “Tok Guru” Nik Aziz dalam membangunkan negeri Kelantan?



Namanya mengamalkan konsep kerajaan Islam.  Namanya ingin menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).  Lalu di mana contohnya?  Seperti yang kita tahu, Islam itu sendiri sangat mementingkan kebersihan tetapi masalah air bersih masih lagi menghantui rakyat negeri Kelantan.  Ketika Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dan Rancangan Malaysia Ke-8 Tambahan (RMK-8 Tambahan) kerajaan pusat telah menghulurkan RM345 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk meningkatkan kualiti air di kerajaan Tok Guru.  Kenapa hingga kini air tak bersih-bersih pun?  Dengar-dengar projek besar pembinaan tangki di Bukit Amboran pun gagal gara-gara tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi.  Kemana “Tok Guru” gunakan peruntukan tersebut?





mat sabu

mat sabu..nama yg tidak asing lagi dalam arena politik negara..tapi kenyataan beliau telah menyebabkan ramai orang melayu marah.benarkah apa yg beliau katakan mengenai komunis adalah pejuang sebenar.kita sebagai rakyat malaysia boleh berfikir sewarasnya tindakan yg dilakukan oleh mat sabu.bukan untuk mencari kesalahannya tpi fikirkanlah ape 2 sejarah lampau....




tq...=)