Jumaat, 23 September 2011

Isu Kegagalan PAS di Kelantan - Air bersih


Kerajaan kelantan telah lama dijajah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu lebih 20 tahun. Terdengar keluh kesah di sana sini daripada rakyat negeri ini.  Pemerintahan PAS tidak langsung mempertahankan hak-hak mereka seperti mana yang telah dijanjikan di dalam bicara manis manifesto-manifesto ketika pilihanraya.   Pelbagai isu-isu yang telah dibangkitkan seperti isu air bersih, pembangunan Bazar |Tok Guru serta kadar Aids yang tinggi di negeri Kelantan. 

Maka di mana hebatnya “Tok Guru” Nik Aziz dalam membangunkan negeri Kelantan?



Namanya mengamalkan konsep kerajaan Islam.  Namanya ingin menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).  Lalu di mana contohnya?  Seperti yang kita tahu, Islam itu sendiri sangat mementingkan kebersihan tetapi masalah air bersih masih lagi menghantui rakyat negeri Kelantan.  Ketika Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dan Rancangan Malaysia Ke-8 Tambahan (RMK-8 Tambahan) kerajaan pusat telah menghulurkan RM345 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk meningkatkan kualiti air di kerajaan Tok Guru.  Kenapa hingga kini air tak bersih-bersih pun?  Dengar-dengar projek besar pembinaan tangki di Bukit Amboran pun gagal gara-gara tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi.  Kemana “Tok Guru” gunakan peruntukan tersebut?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan