Jumaat, 23 September 2011

Peningkatan Aids/Hiv Di Kelantan. Mengapa??

Selama ni kita dimomokkan dgn slogan kepimpinan ulamak. Kononnya ulamak PAS ni handal sgt memerintah. Skang ni apa citer plak. Kelantan dah 20 tahun ulamak pimpin, tak membangun sgt pun.. jenayah, rogol dan aids jer yg nampaknya membangun. Kalau terengganu dulu lagi handal, tak semput nk membangun dah kena bangun dari kerusi MB. Mmg la kita hormati ulamak, akan tetapi ulamak2 PAS ni mcm handal sgt jer nk pimpin negeri, pimpin negara.. mungkin la ada ulamak yg bijak memerintah. tapi satu dalam 10,000 kot. Yang pastinya satu tu bukan Nik Aziz atau Hadi Awang. Azizan kita kasi can dulu tgk satu penggal dia bleh buat tak..
Antara isu2 yang boleh dibuktikan isu kegagalan Pas di Kelantan ialah pertama’ Kelantan sebagai negeri paling ramai yang dijangkiti HIV dan AIDS pada tahun lepas.
Baru-baru ini, Amanah Majlis AIDS Malaysia dilaporkan menyebut jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain. Laporan tersebut turut menyebut, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).


PERSOALAN-PERSOALAN YANG TIMBUL???
1)      Adakah  unsur lain selain dari masalah agama yang menyebabkan anak muda terlibat dengan dadah hingga menyebabkan  AIDS dan HIV meningkat di Kelantan??
2)       Apakah masalah yang wujud di Kelantan adalah disebabkan pihak lain atau disebabkan kelemahan kerajaan pemimpin Pas??
3)      Apakah pusat pengajian yang berasaskan agama Islam umpamanya "SEKOLAH MENENGAH AGAMA" atau “ SEKOLAH PONDOK” sehingga menjadi terkenal dengan serambi Mekah tidak mengajar anak muridnya yang ganas-ganas tersebut tentang ajaran Islam yang sebenar?.

Rumusannya, PAS sepatutnya tidak melebelkan UMNO sebagai sebuah parti kafir dengan tuduhan tidak mahu melaksanakan hukum  Islam. Mereka sendiri iaitu parti PAS yang medakwa lebih Islam pun tidak mampu untuk mecegah peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS disebalik slogan penyedap mulutnya, PAS telah gagal  membuktikan bahawa jika menyokong PAS semuanya selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan